loader image

Buffet Ramadhan di Casa De Madani, Malakat Mall

170022337_515961433145916_6309614463480419889_n

Terima Kasih Cyberjaya Info❤️

Buffet Ramadhan di Casa De Madani, Malakat Mall. Pelbagai pilihan main course untuk berbuka puasa seperti lamb shank, smoked duck, wagyu beef, lobster dan cod fish.

Selain main course, buffet ini ada banyak pilihan juadah makanan Melayu dan Western. Memang rambang mata nak makan yang mana satu sebab semuanya sedap.

Lamb leg boneless dan angus beef tenderloin dibakar sekata dan daging memang juicy. Sedap dimakan dengan spaghetti aglio olio atau nasi seafood yang dilimpahi dengan udang dan kupang.

Lemang sedap dan berlemak, sedap dimakan dengan rendang dan serunding. Dessert dan kuih-muih tradisional pun ada banyak pilihan.

Kalau berminat dengan Santapan Sepurnama di Casa De Madani, korang boleh booking melalui website https://casademadani.asia. Harga buffet “Santapan Sepurnama” bermula dari RM130 nett.

Lokasi Casa De Madani di tingkat 2, Malakat Mall, Cyberjaya. Ruangan untuk solat dan ambil wudhuk pun ada disediakan.

📍Google Maps: https://goo.gl/maps/FqQrTiRMfytCyyvK6

Share this post with your friends

Leave a Reply

Your email address will not be published.